10 April 2012

Jangan Bersedih, Berdoa dan Berdzikirlah

34. Doa/Dzikr Ketika Dukacita dan Sedih



۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Allahumma Inni `Ab-duk, Ib-nu `Ab-duk, Ib-nu Amatik, Naashiatii Biyadik, MaaDhin Fiyya Hukmuk, `Ad-lun Fiyya Qadhaa-uk, As-aluka Bikullasmin Huwalak, Sammaita Bihi Nafsak, Au Anzaltahu Fii Kitaabik, Au `Allamtahuu Ahadan Min Khalqik, Awista'tsarta Bihi Fii `Ilmilghaibi `Inndak, An Taj`alal Qur-aana Rabii`a Qalbii, Wanuura Shadrii, Wajalaa-a Huznii, Wa Dzahaabi Hammii.



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku



HR. Ahmad: 1/391, dishahihkan oleh Al-Albani





۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Allahumma Inni A`uudzu bika Minal Hammi WalHazan, Wal `Aj-zi WalKasal, WalBukhli WalJubn, WaDhala`id Daini WaGhalabatir Rijaal.



Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kesedihan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang pemiutang.



HR. Bukhari: 7/158, “Adalah Rasulullah banyak (membaca) doa ini, lihat Bukhari dalam Fathul baari: 11/173





35. Doa & Dzikr ketika Kesedihan yang Mendalam dan Ditimpa Bencana



۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

Laa Ilaaha IllaLLahul Azhimul Haliim, Laa Ilaaha IllaLLahu Rabbul `Arsyil Azhiim, Laa Ilaaha IllaLLahu Rabbussamaawaati Warabbul Ardh, WaRabbul `Arsyil Kariim.



Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia



HR. Bukhari: 7/154 dan Muslim: 4/2092





۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma Rahmataka Arjuu Fala Takilnii Ila Nafsii Tharfata `Aiin, Wa Aslih lii Sya'nii Kullah, Laa Ilaaha Illa Ant.



Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkan urusanku keseluruhannya, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.



HR. Abu Dawud: 4/324, Ahmad: 5/42, Shahih Abu Dawud: 3/959





۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

Laa Ilaaha Illaa Anta Sub-haanaka Innii Kuntu MinazZhaalimin.



Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri.



HR. Tirmidzi: 5/529 dan riwayat Hakim yang disetujui dan dishahihkan oleh Dzahabi: 1/505. Lihat Shahih Tirmidzi: 3/168





۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩





اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً

Allah, Allahu Rabbii Laa Usyriku Bihi Syai-a.



Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.



HR. Abu Dawud: 2/87, Shahih Ibnu Majah: 2/335





۩-------☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:.═══*☆.¸.☆*'═══.:*´¨`*:.☆☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆-------۩



Sumber: Kitab Terjemahan Hisnul Muslim

Syarah Hisnul Muslim, Dr.Abdul Basit

Disusun semula: Ibnu Hazan al-Ham & Abul Hilm As-Sarawaki


Doa-doa yang lainnya: ---> http://www.facebook.com/profile.php?id=100003218477067&sk=notes


http://www.facebook.com/note.php?note_id=171554529628495

DOA TETAP AKAN DIPERKENANKAN SELAGI KITA TIDAK GOPOH



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diperkenankan (doa) untuk seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan dia mengatakan, saya telah berdoa tetapi tidak diperkenankan untuk saya. (al-Bukhari: 6340, Muslim: 2735)



Doa merupakan ibadat yang paling utama kerana ia menggambarkan ketundukan dan membuktikan kebergantungan hamba kepada Penciptanya. Ibn al-Qayyim berkata: Doa ialah permintaan sesuatu yang bermanfaat kepada orang meminta dan dihindarkan daripada sesuatu yang memudaratkannya. (Bada`i’ al-Fawa`id, jil. hal. 513)



Al-Tibiy berkata: Doa ialah menzahirkan kemuncak kehinaan dan keberhajatan kepada Allah dan kerendahan diri kepadanya. Tidak disyariatkan doa melainkan untuk menyatakan kepatuhan kepada Allah s.w.t. dan keberhajatan kepada-Nya. Al-Munawi berkata: Doa ialah bahasa yang menyatakan berhajatnya (seseorang itu) dengan menghuraikan keadaan (dirinya yang amat) memerlukan. Apabila seseorang merasa khusyu’ dalam berdoa bererti telah merasai kemanisan dalam beribadat dan bermunajat dengan Allah. (Fath al-Bari, jil. 12, hal. 372)



Allah s.w.t. memerintahkan kita berdoa kepada-Nya;



ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan bagi kamu. (Surah Ghafir: 60)



Tidak semua permintaan hamba itu ditunaikan segera dalam tempoh yang terdekat. Sifat orang yang lemah imannya ialah apabila berdoa dia mahu segera diperkenankan. Jika dia merasakan permintaannya itu tidak diperkenankan maka dia terus meninggalkan doa. Pada ketika itu sifat tawakkal dan raja`, ya’ni menaruh harapan kepada Allah s.w.t. diuji.



Allah s.w.t. tidak menyukai orang putus asa kerana dia tidak lagi meletakkan harapan kepada Allah. Oleh sebab itu, di antara adab berdoa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya. Dalam menyatakan dirinya sangat berhajat kepada Allah s.w.t., seseorang itu hendaklah bersabar menunggu doanya itu diperkenaan kerana setiap sesuatu ada masanya yang telah ditaqdirkan untuknya.



Pada hakikatnya, meninggalkan berdoa lebih mudarat daripada doa yang tidak dimakbulkan. Ini kerana doa itu sendiri adalah ibadat yang diperintahkan oleh Allah dan setiap perintah Allah itu sendiri mempunyai hikmah dan maslahah, di dunia dan di akhirat. Meninggalkan doa bererti meninggalkan ibadat kepada Allah s.w.t.



وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: 60)



عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ َقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ



Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Bashir daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya: “Doa itulah ibadat.” Kemudian baginda membaca ayat: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Abu Daud: 1479, al-Nasa`i (dalam al-Sunan al-Kubra), al-Tirmizi: 3247 dan Ibn Majah: 3828)



Oleh sebab itu, terhalang daripada mendapat hidayat untuk berdoa termasuk dalam kerugian. Dalam pada itu, seorang muslim tidak seharusnya menyangka dalam dirinya bahawa Allah tidak menerima doanya dan tidak memperkenankan hajatnya.



عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اَلْعَجَلَةُ مِنَ اَلشَّيْطَانِ

Daripada Sahl bin Sa’d katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kegopohan itu datang daripada syaitan. (al-Tirmizi: 2012)



Oleh kerana penyakit gopoh dan mahu segera itu datang daripada syaitan maka seorang mu`min untuk mestilah tenang dan terus bersabar berdoa. Seorang yang kuat imannya dan sabar hendaklah menyingkirkan sifat gopoh kerana ia adalah sifat syaitan dan putus asa itu sifat orang-orang kafir.



وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhny` tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (surah Yusuf: 87)



Selain itu, termasuk dalam gopoh dalam berdoa ialah meninggalkan puji-pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah s.a.w.



عَنْ فَضَالَةَ بْن عُبَيْدٍ قال سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَدْعُو فِي صَلَاتِهِ لَمْ يُمَجِّدْ اللَّهَ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ثُمَّ عَلَّمَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي فَمَجَّدَ اللَّهَ وَحَمِدَهُ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْعُ تُجَبْ وَسَلْ تُعْطَ

Diriwayatkan daripada Fadhalah bin ‘Ubaid katanya, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berdoa dalam sembahyangnya tanpa mengagung-agungkan Allah dan tanpa berselawat kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda bersabda: “Wahai orang yang bersembahyang, kamu telah gopoh. Kemudian Rasulullah sa.w. mengajarkan mereka. Dan baginda mendengar seorang lelaki berdoa dalam sembahyangnya lalu dia mengagung-agungkan Allah dan memuji-muji-Nya dan berselawat untuk Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: “Berdoalah nanti akan dimakbulkan dan mintalah pasti kami akan diperkenankan.” (al-Nasa`i: 1284, Abu Daud: 1481, al-Tirmizi: 3477)



Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang diperkenankan ialah doa yang dipohon dengan penuh beradab dan dengan tanda syukur kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengajarkan kita mengenal Allah dan agama-Nya. Berdoa dengan memuji-muji keagungan Allah amatlah dituntut kerana ia menunjukkan betapa kita beriman kepada-Nya dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada qudrat dan rahmat-Nya.

http://www.facebook.com/notes/abu-al-hilm-as-sarawaki/doa-tetap-akan-diperkenankan-selagi-kita-tidak-gopoh/122171834566765

== Surat untuk sahabat Ku... ==

Akhirnya Kutemukan sahabat kecilku di jejaring sosial sore itu, Dia masih sama enerjiknya seperti di sekolah dasar dulu,. Tersenyum ceria, sapaan hangatnya akhirnya sampai di ruang tamu rumahku.



Tiada berkah yang paling membahagiakan bertemu dengan belahan jiwa tersayang yang telah lama dirindukan. Sejak saat itu, segala perjuangan tidak lengkap tanpa kehadirannya.



Bersama-sama kami putuskan bergabung di keluarga baru kami @Y A A , setelah kami pulang mabit di BI pada suatu pagi hari yang cerah..



Seiring perjuangannya, Waktu pun berlalu,

Kami sharing kamar kos, bercerita tentang apa saja, berbagi ikan goreng, tertawa hingga sakit perut, bersama mencuci dibawah bulan, berjalan bersama ke acara DT di masjid pondok indah tiap hari senin malam sebulan satu kali.



5 Februari, aku berulang tahun. Tapi mungkin di hari yang sama itulah harus aku kuketahui bahwa engkau tak kan lagi menyertai cerita hari-hariku. Kamu sangat kuat, hingga di detik terakhir baru merasa tidak kuat. Dengan tertatih namun penuh semangat kamu mencoba berdiri untuk langsung masuk mobil, namun setelah dimobil itu kamu dibaringkan dengan selimut kesayanganmu, napasmu pun berhenti. Tarikan napas dua kali yang lembut, yang kamipun tidak menyadari bahwa kamu telah pergi ke pangkuanNya. Pangkuan Yang Hangat, yang membuatku yakin bahwa Dia yang akan membasuh segala luka dan menghilangkan sakit yang kamu rasakan. menggantinya dengan aroma ceria kasturi serta rasa manis buah-buahan warna-warni, delima dan kurma. Saat ini, aku tau kamu sedang riang gembira menikmati buah-buahan itu dengan memetiknya dari dekat. Saat ini, aku tau kamu sedang duduk-duduk di dekat mata mata air yang sedang memancar, memercikkan kedua kaki kamu dengan airnya yang segar dan jernih.





semoga kita ketemu lagi J S sayang, di alam yang lebih baik dari pada saat aku menuliskan surat ini untuk kamu, Terima kasih atas semua kekuatan, semua harapan, semua kebahagiaan ini. Semua Persahabatan Yang Takkan pernah akan aku lupakan seumur hidupku. Kamu mengajarkan ku untuk menjadi orang yang dewasa.



Aku tau Allah sangat menyayangimu, begitupula kami semua disini.



Tenang dan Bahagia yah sayangkuuuu..



Selamat Jalan, Selamat bertemu Allah dan para SyuhadaNya



Besok kita cerita-cerita lagi ya sayangggggg... :))



*Ciumhangat-pelukanerat*



- Retno K-



****

Ukhti (Almh) J S adalah seorang wanita muslimah, aktivis, Civitas Y A A. Sosok beliau dimata para teman dan sahabat adalah seorang wanita yang periang, ceria, murah senyum, mudah bersahabat, selalu bersemangat, serta memiliki jiwa dan kepedulian sosial yg tinggi. Di dalam perjuangannya melawan rasa sakit tanpa diketahui oleh orang” serta sahabat di sekelilingnya, beliau tetap istiqomah untuk mengambil dan menjalankan amanah yang dititipkan kepada beliau selama ia aktif di Y A A. Begitu melekat perjuangan, pengorbanan almarhumah di ragam kegiatan Y A A, khususnya terkait kegiatan keumatan (Sosial). Dimana beberapa orang tidak sedikit yang menolak mengemban amanah dalam berbagai peran yang ada di kepanitiaan kegiatan Y A A dikarenakan kesibukan ini itu,kepentingan lain, akan tetapi eksistensi almarhumah yang senantiasa istiqomah menjalankan amanah dengan tulus hingga usai kegiatan beliau masih mampu membagi berbagai pilihan waktunya dalam beragam aktifitas keseharian baik untuk bekerja, di beberapa waktu beliau pulang ke rumah orang tua untuk bertemu keluarga dikarenakan kala beraktifitas kerja yang jauh dari rumah beliau memutuskan untuk kos, menghadiri undangan walimah dan ragam hal lainnya. Kontribusi almarhumah yang senantiasa menjaga istiqomah mengemban berbagai amanah selama di Y A A menginspirasi banyak civitas Y A A, sahabat yang mengenal sosok beliau yang penuh ramah, murah senyum, mudah bersahabat kepada semua orang yang berada di sekelilingnya, penuh keramaian kisah, canda dan tawa yang tak terlupakan bagi seseorang mengenal akan sosoknya. Beliau meninggal Dunia di usia 24 th, dikarenakan sakit pada Ahad, 05 Februari 2012 (siang) lalu dalam perjalanan menuju rumah sakit di pangkuan dan pelukan bersama-sama kedua orang tua dan sahabatnya semasa ia kecil yang telah dipertemukan kembali dan sama-sama aktif di Y A A. Almarhumah adalah seorang aktifis sejati dan berjiwa muda. Dimana era saat ini begitu banyak orang yang hanya mengisi waktu luang dan kesibukannya dengan mengutamakan kepentingan pribadi, keluarga dan karir. Akan tetapi beliau mampu pula mengutamakan kepentingan kesemuanya dan mampu berbuat untuk ummat dan agama. Ghiroh nya yang tinggi dalam perjuangan islam dan kemanusiaan di Y A A sangat membekas di hati teman-teman, sahabat yang mengenalnya..



Marilah sahabat RKI kita doakan Al-Fatihah kepada Almarhumah.. Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta'aala menempatkan J S di berikan tempat yg terbaik di sisi-Nya, semoga Allah melapangkan kuburnya, menggugurkan segala dosa & kesalahannya, dan semoga J S termasuk ke dalam golongan wanita2 terbaik dari umat ini. Aamiin.

* Y A A adalah sebuah organisasi kepemudaan remaja masjid

* J S adalah inisial sebuah nama.



“Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahala)nya dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Ali-Imran : 115)


http://banypurnama.blogspot.com/2012/04/surat-untuk-sahabat-ku.html

Rahasia Syukur, Sabar, dan Istighfar

Dalam mukaddimah kitab Al Waabilush Shayyib, Imam Ibnul Qayyim mengulas tiga hal di atas dengan sangat mengagumkan. Beliau mengatakan bahwa kehidupan manusia berputar pada tiga poros: Syukur, Sabar, dan Istighfar. Seseorang takkan lepas dari salah satu dari tiga keadaan:

1- Ia mendapat curahan nikmat yang tak terhingga dari Allah, dan inilah mengharuskannya untuk bersyukur. Syukur memiliki tiga rukun, yang bila ketiganya diamalkan, berarti seorang hamba dianggap telah mewujudkan hakikat syukur tersebut, meski kuantitasnya masih jauh dari ‘cukup’. Ketiga rukun tersebut adalah: a- Mengakui dalam hati bahwa nikmat tersebut dari Allah. b-Mengucapkannya dengan lisan. c-Menggunakan kenikmatan tersebut untuk menggapai ridha Allah, karena Dia-lah yang memberikannya.

Inilah rukun-rukun syukur yang mesti dipenuhi

2- Atau, boleh jadi Allah mengujinya dengan berbagai ujian, dan kewajiban hamba saat itu ialah bersabar. Definisi sabar itu sendiri meliputi tiga hal: a-Menahan hati dari perasaan marah, kesal, dan dongkol terhadap ketentuan Allah. b-Menahan lisan dari berkeluh kesah dan menggerutu akan takdir Allah. c-Menahan anggota badan dari bermaksiat seperti menampar wajah, menyobek pakaian, (atau membanting pintu, piring) dan perbuatan lain yang menunjukkan sikap ‘tidak terima’ thd keputusan Allah.

Perlu kita pahami bahwa Allah menguji hamba-Nya bukan karena Dia ingin membinasakan si hamba, namun untuk mengetes sejauh mana penghambaan kita terhadap-Nya. Kalaulah Allah mewajibkan sejumlah peribadatan (yaitu hal-hal yang menjadikan kita sebagai abdi/budak-nya Allah) saat kita dalam kondisi lapang; maka Allah juga mewajibkan sejumlah peribadatan kala kita dalam kondisi sempit.

Banyak orang yang ringan untuk melakukan peribadatan tipe pertama, karena biasanya hal tersebut selaras dengan keinginannya. Akan tetapi yang lebih penting dan utama adalah peribadatan tipe kedua, yang sering kali tidak selaras dengan keinginan yang bersangkutan.

Ibnul Qayyim lantas mencontohkan bahwa berwudhu di musim panas menggunakan air dingin; mempergauli isteri cantik yang dicintai, memberi nafkah kepada anak-isteri saat banyak duit; adalah ibadah. Demikian pula berwudhu dengan sempurna dengan air dingin di musim dingin dan menafkahi anak-isteri saat kondisi ekonomi terjepit, juga termasuk ibadah; tapi nilainya begitu jauh antara ibadah tipe pertama dengan ibadah tipe kedua. Yang kedua jauh lebih bernilai dibandingkan yang pertama, karena itulah ibadah yang sesungguhnya, yang membuktikan penghambaan seorang hamba kepada Khaliqnya.

Oleh sebab itu, Allah berjanji akan mencukupi hamba-hamba-Nya, sebagaimana firman Allah,
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ
“Bukankah Allah-lah yang mencukupi (segala kebutuhan) hamba-Nya?” (QS. Az Zumar: 36).

Tingkat kecukupan tersebut tentulah berbanding lurus dengan tingkat penghambaan masing-masing hamba. Makin tinggi ia memperbudak dirinya demi kesenangan Allah yang konsekuensinya harus mengorbankan kesenangan pribadinya, maka makin tinggi pula kadar pencukupan yang Allah berikan kepadanya. Akibatnya, sang hamba akan senantiasa dicukupi oleh Allah dan termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan dalam firman-Nya:
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلًا
“(Sesungguhnya, engkau (Iblis) tidak memiliki kekuasaan atas hamba-hamba-Ku, dan cukuplah Rabb-mu (Hai Muhammad) sebagai wakil (penolong)” (QS. Al Isra’: 65).

Hamba-hamba yang dimaksud dalam ayat ini adalah hamba yang mendapatkan pencukupan dari Allah dalam ayat sebelumnya, yaitu mereka yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah, baik dalam kondisi menyenangkan maupun menyusahkan. Inilah hamba-hamba yang terjaga dari gangguan syaithan, alias syaithan tidak bisa menguasai mereka dan menyeret mereka kepada makarnya, kecuali saat hamba tersebut lengah saja.

Sebab bagaimana pun juga, setiap manusia tidak akan bebas 100% dari gangguan syaithan selama dia adalah manusia. Ia pasti akan termakan bisikan syaithan suatu ketika. Namun bedanya, orang yang benar-benar merealisasikan ‘ubudiyyah (peribadatan) kepada Allah hanya akan terganggu oleh syaithan di saat dirinya lengah saja, yakni saat dirinya tidak bisa menolak gangguan tersebut… saat itulah dia termakan hasutan syaithan dan melakukan pelanggaran.

dengan demikian, ia akan beralih ke kondisi berikutnya:

3- Yaitu begitu ia melakukan dosa, segera lah ia memohon ampun (beristighfar) kepada Allah. Ini merupakan solusi luar biasa saat seorang hamba terjerumus dalam dosa. Bila ia hamba yang bertakwa, ia akan selalu terbayang oleh dosanya, hingga dosa yang dilakukan tadi justeru berdampak positif terhadapnya di kemudian hari. Ibnul Qayyim lantas menukil ucapan Syaikhul Islam Abu Isma’il Al Harawi yang mengatakan bahwa konon para salaf mengatakan: “Seseorang mungkin melakukan suatu dosa, yang karenanya ia masuk Jannah; dan ia mungkin melakukan ketaatan, yang karenanya ia masuk Neraka”. Bagaimana kok begitu? Bila ALlah menghendaki kebaikan atas seseorang, Allah akan menjadikannya terjerumus dalam suatu dosa (padahal sebelumnya ia seorang yang shalih dan gemar beramal shalih). Dosa tersebut akan selalu terbayang di depan matanya, mengusik jiwanya, mengganggu tidurnya dan membuatnya selalu gelisah. Ia takut bahwa semua keshalihannya tadi akan sia-sia karena dosa tersebut, hingga dengan demikian ia menjadi takluk di hadapan Allah, takut kepada-Nya, mengharap rahmat dan maghfirah-Nya, serta bertaubat kepada-Nya. Nah, akibat dosa yang satu tadi, ia terhindar dari penyakit ‘ujub (kagum) terhadap keshalihannya selama ini, yang boleh jadi akan membinasakan dirinya, dan tersebab itulah ia akan masuk Jannah.

Namun sebaliknya orang yang melakukan suatu amalan besar, ia bisa jadi akan celaka akibat amalnya tersebut. Yakni bila ia merasa kagum dengan dirinya yang bisa beramal ‘shalih’ seperti itu. Nah, kekaguman ini akan membatalkan amalnya dan menjadikannya ‘lupa diri’. Maka bila Allah tidak mengujinya dengan suatu dosa yang mendorongnya untuk taubat, niscaya orang ini akan celaka dan masuk Neraka.

Demikian kurang lebih penuturan beliau dalam mukaddimah kitab tadi, semoga kita terinspirasi dengan tulisan yang bersahaja ini.

Penulis: Ustadz Sufyan Basweidan, MA
Artikel Muslim.Or.Id


http://ustadchandra.wordpress.com/2012/04/10/rahasia-syukur-sabar-dan-istighfar/